Selepas 2 1/2 minggu berlalu tanpa cek yang kununnya dah dipos, aku pun mintak la cek pengganti. 2 jam kemudian, accounts dept diorang telepon - kalau stop cheque, bank charge RM15. Sanggup tak tanggung kos tu? Iya ke? Bank aku takde pun charge. Kalau orang dah bank in nak stop mungkin la. Ini cek hilang. Siapa lak yang nak bank in? Takkan la malaun nak masukkan dalam akaun aku? Cek tu berpalang, bukannya dulu2 cheque takde palang. Takde palang pun orang bubuh palang. Standard procedure dari zaman tok adam lagi.
Aku yang dah naik menyampah dengan orang2 yang ntah hape-hape tu finally kata - whatever la. Asalkan korang ganti cek baru. Dalam hati, aku rasa cek lagi satu tu diorang tak pos pun. Sekor kata, setau dia dah pos. Sekor lagi kata, dia kasi kawan dia pos. Hrmph. Jangan2 dia pos kat tong sampah, aku kat sini dok menunggu macam orang gila. Duit gaji lagi 2 minggu. Duit article - lambat lagi. Duit website - tunggu jugak. Hampeh.
Alhamdulillah, nasib baik la ada rezeki dapat keja time tengah semput ni. Tak sabar nak tengok my first 2 articles kuar bulan depan :D Tungguuuu!!!
No comments:
Post a Comment