Hari ni apa ke jadahnya aku rasa bosan la tersangat amat nak menyiapkan satu job yang tak sudah-sudah dari minggu lepas. Pasal satu job tu ajer aku dah tak senang duduk, makan dan tido; pasal walaupun cuma satu dokumen, tapi nak mengedit benda alah tu, punyalah banyak material kena baca... Pulak tu, baca punya baca, takde pulak material yang aku perlukan... Tak jadi kerja lain, emails and tasks lain bersepah-sepah, tapi nak kena fokus jugak kat yang satu nih. Last-last satu habuk pun tak jadi. Aaaaaaarrrrgggghhhhhh!!!!!! BOSAN!!!! HELPP!!! TOLONG, KELUARKAN AKU DARI SINI!!!
Silap2 karang ada jugak aku cari member pi main boling sat lagi. Aktiviti mencampakkan objek yang berat untuk menjatuhkan sebanyak mana musuh merupakan suatu aktiviti yang teramat menarik pada tika dan saat ini.
Will blog again when I have returned from insanity.... :-p
No comments:
Post a Comment