Wednesday, October 12, 2005

BISKUT LONDON ALMOND

Kwang 3x... Nampak sangat takder modal nak blog. Eh heh heh... But don't play play... resipi ni la yang terkenal seantero WWF & TRAFFIC. Sampai sekarang makcik dapat call, orang mintak buatkan. Cuma takde masa ajer nak buat. So korang try la sendiri, ya? Insya-Allah jadik. Kalau nak cokelat, meh ambik kat rumah. I got extra stock la...

London Almonds
250g mentega
360g tepung gandum
90g gula halus
120g tepung jagung
sedikit garam
esen vanila
badam -> inti

125g cooking chocolate + 1 tbsp shortening
badam hancur (almond nibs) -> hiasan

Bakar badam dulu! Easiest - roast dalam microwave 2 minit sahaja. Unfortunately results vary according to microwave. But the timing lebih kurang cam tu la.

1. Ayak tepung bersama garam dan tepung jagung
2. Putar mentega dan gula sehingga sebati -> jgn lama sgt
3. Masukkan esen vanila
4. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan uli hingga adunan sebati dan tidak lekat pada jari. Jangan keras sangat.
5. Balut inti badam dengan tepung. Bakar 18-20 minit pada suhu 190°C. Sejukkan.
6. Cairkan coklat (use double boil technique, pls). Celupkan biskut dan masukkan ke dalam cawan kertas. Hias dengan badam hancur.

Customer service hotline: My Handphone la.

Selamat mencuba!! :-D

No comments: