Have been having minor inconveniences with both the bike and car recently.
Car radio suddenly died, cardiac arrest again, like last time la. Then the back board (the one covering the boot, whatever you call it) is driving me up the wall because right way up, it falls off its 'shelf', and upside down, it stays but looks ugly as hell. Alamak, baru teringat I wanted to cover it up with an old tablecloth or shawl hari tu. Hmm.. maybe when I go home kot... Anyway, have stopped by the accessories shop to enquire about buying a new original one. So annoying lah! There is this flap that gapes open if I turn it upside down, and my boot is full of nonsense from gym shoes, hiking shoes, baldi cuci kereta, kotak rain cover motor, helmet, kain buruk dan yang sewaktu dengannya. Haih... jatuh saham aku/keta aku.
Jumaat malam tak dapat parking, double park kat tempat biasa. Semalam tak turun, rupa2nya alarm sudah trip, aku tak tau... Agaknya pasal tu la semalam nak call delivery tak lepas2. Yang Nandos tak angkat, McD dah stop deliver ke Permai. gangsta jugak apt aku ni, ya? Teksi takmo datang, delivery takmo hantar... Sabar ajelah. Pasal 'busy', tak nak masak. So berlapar la sampai malam. Then K Ayu call kasi tau alarm dah trip. Seb baik kitorang parking dekat2. Kalau tak, langsung aku tak turun! By the time turun, bateri sudah nak kaput... Keta tak boleh start... adoiiii... Naik keta K Ayu pegi makan, hari ni baru nak kasi setel. Nasib baik call Abang dulu, dia suruh try jump start and charge balik bateri. Malam tadi ingat dah kena beli bateri baru... Jimat duit aku! Alhamdulillah, pagi ni keta dah boleh start sendiri, so kasi dia charge sementara layan motor ... And the radio pun dah ok balik (like last time la). Yeay!
Motor pulak, dari tahun lepas takmo start, pasal kesejukan kot, kena hujan hari-hari. Lepas seminggu tak bawak, dia mogok. Pastu aku sibuk, tambah lagi 3 minggu tak jalan, lagi la dia jam! Tadi try nak start tak boleh. Mujur ada 2 orang boys yang baik hati nak tolong startkan. Mula2 tak nak jugak, tapi lepas diorang blah, pelan2 dia ok. Now dah boleh jalan balik, tapi camni rasa hari2 kena tutup pasal tak tentu bila nak bawak, nanti masuk air hujan demam lagi motor tu... Pasal dah janji dengan kedai, bawak la nak tukar gear meter dengan cover. Tengah jalan tayar pecah la pulak! Try isi angin, dia flat balik. Sorong la ke kedai motor. Nasib baik dah dekat. Part turun bukit I coasting jer. Ni la tengah tunggu diorang baiki nih. Kalau bawak moto pegi keja, jimat sikit duit parking. Sehari dah lima ringgit... duit makan lagi... susah tul nak simpan duit!
So, kalau motor dah setel ni, esok cuba setelkan keta pulak. Nak check timing belt semua tu, keja bulan depan. Bajet aku dah nak habih dah ni!! **Hmm... sempat tak nak hantar cuci kereta? Esok kena drive la...